Rajiv Rishyakaran menunjukkan risalah program migrasi penukaran meter pukal kepada individu ketika meninjau Pangsapuri Damansara Bistari di Petaling Jaya pada 3 Mac 2021. Foto NADIAH ZAMLUS/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jimat bil air, penghuni pangsapuri disaran tukar meter individu

PETALING JAYA, 3 MAC: Penduduk pangsapuri sekitar Bukit Gasing disaran menukar meter pukal kepada individu bagi menikmati bayaran bil air lebih rendah.

Ahli Dewan Negerinya Rajiv Rishyakaran berkata risiko pemotongan bekalan juga mampu dielakkan jika penghuni lewat melangsaikan caj bulanan.

“Bagi yang menggunakan meter pukal, bayaran bil diurus badan pengurusan bangunan (JMB/MC) menyebabkan kadar tarif lebih tinggi dan bekalan mungkin dipotong jika ada tunggakan,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas meninjau pemasangan meter individu di Pangsapuri Damansara Bistari memaklumkan seramai 421 penghuni di situ sudah berbuat demikian.

Sementara itu, Rajiv berkata sebanyak tiga pangsapuri sekitar Bukit Gasing terlibat dalam program Migrasi Air Selangor membabitkan Pangsapuri Damansara Bistari, Pangsapuri PKNS Seksyen 17 dan Pangsapuri Gasing Indah.

Meter pukal meliputi bacaan keseluruhan kediaman bertingkat dengan bil air akan diserahkan kepada JMB untuk mengira purata mengikut bilangan unit.

Manakala meter individu pula membolehkan bil dikeluarkan terus kepada penghuni untuk dibayar kepada syarikat pengurusan air.

 


Pengarang :