Masyarakat diminta menyemak dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsi dalam media sosial bagi mengelak penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jumlah denda langgar SOP tular di WhatsApp tidak tepat

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan berkenaan jumlah denda bagi lima situasi ketidakpatuhan tatacara operasi piawai (SOP) yang berkuat kuasa pada 16 Mac, seperti tular di aplikasi WhatsApp.

KKM menjelaskan terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dalam kandungan aplikasi WhatsApp terbabit.

Justeru, KKM meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 2 petang tadi.

– BERNAMA


Pengarang :