Penduduk sekitar Pelabuhan Klang menjalani saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Serbaguna MPK, Pendamar Indah 2, Klang pada 27 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kawal penularan wabak, lebih 4,000 sertai saringan percuma

SHAH ALAM, 3 MAC: Seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan bersasar setakat Februari bagi mengekang penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ujian secara percuma turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

“Kita teruskan langkah dan beri perhatian untuk mengenal pasti siapa dijangkiti, membuat saringan dan mengasingkan mereka selain program suntikan vaksin sudah mula dilaksanakan,” katanya mengulas perkembangan Covid-19 di Selangor melalui Facebook.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara
percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Inisiatif bermula tahun lalu dijangka memanfaatkan 50,000 penduduk negeri ini yang menumpukan golongan berisiko tinggi dan berpendapatan rendah serta mahasiswa.


Pengarang :