Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah, baju putih) mengadakan pertemuan bersama ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Kuala Langat pada 13 Mac 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KEADILAN Kuala Langat kukuh gerak kerja, junjung mandat rakyat

SHAH ALAM, 14 MAC: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kuala Langat akan terus memperkukuh gerak kerja bagi menjunjung mandat rakyat dan melaksana agenda reformasi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Dato’ Seri Amirudin Shari berkata parti itu juga akan terus subur dan mekar di parlimen tersebut di sebalik tindakan pemimpin keluar parti.

“Pelbagai program dibincang dan akan dilaksana bagi menyemarak semangat anggota dan meneruskan kecemerlangan khidmat kepada rakyat. KEADILAN terus subur dan mekar di Kuala Langat. Reformasi!” katanya.

Malam tadi, Amirudin mengadakan pertemuan bersama barisan pemimpin KEADILAN cabang tersebut bagi memastikan keutuhan parti dan penyusunan program.

Tindakan itu susulan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar meninggalkan parti itu semalam dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, KEADILAN mendakwa kerajaan PN cuba mengugut wakil rakyat pembangkang untuk mengalihkan sokongan.

 


Pengarang :