Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Dataran Sabak, Sabak Bernam pada 26 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Kerajaan Negeri, kilang teliti kaedah ambil vaksin pekerja industri

SABAK BERNAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM) meneliti kaedah serta format sesuai pengambilan vaksin Covid-19 oleh pekerja industri.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu membantu pekerja menerima suntikan lebih awal bagi membolehkan sektor itu beroperasi sepenuhnya dan kembali merancakkan ekonomi.

“Pihak kilang tidak ada masalah dan mereka memang mahu pekerja mendapat imunisasi. Jadi kita sedang uruskan perkara ini dengan pemilik (kilang).

“Sebenarnya memang Kerajaan Negeri rancang pembelian (vaksin) tumpu kelompok industri kerana kita mahu sektor ini kembali berjalan dengan kapasiti penuh. Sekarang operasi hanya libatkan antara 30 hingga 40 peratus pekerja sahaja,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perpustakaan Awam Selangor di Dataran Sabak, Sabak Bernam semalam.

Pada Khamis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan jemaah menteri mengarahkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diutamakan kepada Selangor memandangkan negeri ini merupakan pemacu ekonomi negara selain memiliki kawasan industri yang besar.

Susulan itu kerajaan akan jalin kerjasama dengan sektor perindustrian bagi melaksanakan proses suntikan di kilang atau asrama pekerja.


Pengarang :