Petugas kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada 20 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes baharu Covid-19 di Hulu Langat kembali meningkat

SHAH ALAM, 22 MAC: Kes harian Covid-19 di Hulu Langat hari ini kembali melonjak tiga angka kepada 150 berbanding 11 semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan pertambahan itu berpunca daripada saringan pekerja dan penjara.

“Manakala daerah lain di bawah 100 kes dengan Sepang dan Petaling masing-masing 68, Klang (46), Kuala Langat (30) dan Gombak (24).

“Sementara Kuala Selangor merekod 10 kes, Hulu Selangor (empat) dan Sabak Bernam (satu),” kata agensi itu menerusi Facebook.

Keseluruhannya Selangor mencatatkan 112,309 kes sejak pandemik menular dan daripada jumlah itu, 109,906 pesakit berjaya pulih.


Pengarang :