Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 13 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kembali meningkat, Sarawak tertinggi

SHAH ALAM, 19 MAC: Kes baharu Covid-19 kembali meningkat hari ini dengan 1,576 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 330,042.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berkata Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 407 kes, diikuti Selangor (348 kes) dan Pulau Pinang (182 kes).

“Kes aktif sedang dirawat kini 14,360 semuanya, dua kematian direkodkan membabitkan warganegara.

“Pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) 151 dan 57 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi Twitter mengenai perkembangan kes Covid-19.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, 1,996 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 314,457 kes.


Pengarang :