Penduduk sekitar Pelabuhan Klang menjalani saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Serbaguna MPK, Pendamar Indah 2, Klang pada 27 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes baharu Covid-19 Selangor turun bawah 500

SHAH ALAM, 1 MAC: Kes baharu Covid-19 di Selangor menunjukkan penurunan dengan catatan 453 berbanding 914 kes semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu sebanyak 234 kes daripada saringan kontak rapat kes positif pandemik.

“Manakala, 113 daripada saringan kluster termasuk dua kluster baharu dan lain-lain saringan (105) serta satu kes import.

“Terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melati dan Kluster Desa Empat yang berpunca daripada jangkitan di tempat kerja,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Menurutnya tiada kematian berlaku di negeri itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kekal 284 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut memaklumkan terdapat 645 kes sembuh di negeri itu hari ini.


Pengarang :