Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 terus catat bawah 2,000

SHAH ALAM, 11 MAC: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 2,104 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 300,620 kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 naik sedikit apabila 1,647 kes direkodkan hari ini berbanding 1,448 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 319,364 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 17,544 kes.

“Sebanyak sembilan kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,200,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 147 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes.


Pengarang :