Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri dan prapelancaran Ekspo Hasil Suri Selangor Hybrid 2021 di Foyer SUK, Shah Alam pada 8 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 turun, pusat kuarantin transit sedia ada cukup

SHAH ALAM, 8 MAC: Kerajaan Selangor tidak bercadang menambah pusat kuarantin transit berikutan penurunan kes harian Covid-19 di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata Selangor memiliki dua pusat seumpama itu membabitkan Stesen Transit Kuarantin Nestle, Shah Alam dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

“Pada awalnya kita bercadang untuk buka lebih banyak namun kini tiada lagi keperluan susulan kes menurun,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri di sini.

Jelasnya, stesen transit Nestle di Hotel Pegasus di sini mempunyai 100 bilik khusus untuk tujuan tersebut manakala ILIM pula menempatkan pekerja kesihatan.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor merancang untuk mewujudkan pusat berkenaan di empat daerah yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat.

Fasiliti tersebut bagi menyokong individu dijangkiti wabak atau yang sedang menunggu keputusan saringan untuk menjalani kuarantin kendiri sementara dengan lebih selesa.

 


Pengarang :