Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes harian Covid-19 Selangor terus menurun, rekod satu kematian

SHAH ALAM, 29 MAC: Kes baharu Covid-19 di Selangor terus menurun apabila merekodkan 219 kes hari ini berbanding 256 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata bagaimanapun negeri itu mencatat kes harian tertinggi dengan 175 kes daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

“Jumlah kes termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu kluster Seksyen 16, dua kes import dan 42 kes lagi lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Menurutnya, terdapat pertambahan satu kematian dilaporkan di negeri itu membabitkan lelaki warganegara berusia 82 yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 179 pesakit sembuh hari ini menjadikan keseluruhan pulih 113,092.

“Kes aktif yang sedang dirawat pula sebanyak 1,598 kes dengan 17 daripadanya kes luar negara,” maklum jabatan itu menerusi Facebook.


Pengarang :