Dato’ Seri Amirudin Shari ketika melancarkan Kuliah Kitab al-Muwafaqat secara maya baru-baru ini. Foto ihsan Pejabat Dato’ Menteri Besar
AGENDANASIONAL

Kuliah Kitab al-Muwafaqat didik fahami Islam ikut maqasid syariah

SHAH ALAM, 2 MAC: Kuliah Kitab al-Muwafaqat menjadi medium kepada masyarakat memahami keindahan Islam melalui kerangka maqasid syariah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program anjuran Institut Darul Ehsan turut berperanan sebagai penghubung kemajmukan masyarakat di negara ini.

“Segala kerencaman dapat diatasi melalui beberapa prinsip asas seperti pemeliharaan jiwa, akal, agama, harta dan keturunan yang merupakan nilai sejagat antara semua agama dan budaya.

“Perbahasan ilmu maqasid berfungsi melatari segala aspek kehidupan masyarakat, nescaya kita akan mampu mencapai masyarakat yang damai dan sejahtera,” katanya ketika melancarkan kuliah tersebut baru-baru ini.

Kitab agung al-Muwafaqat karya al-Imam al-Shatibi dipilih memandangkan ia antara karya utama yang sarat dengan perbahasan maqasid syariah.

Sebanyak 16 siri kuliah dilaksana bermula akhir 2018 dengan penyertaan 150 peserta dalam kalangan pelajar, pendidik, ahli akademik dan orang awam.

Sesi pertama tahun ini berlangsung pada 10 Mac ini dan individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://peserta.ideselangor.com/.

 


Pengarang :