Seorang kakitangan perubatan menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin, Serdang pada 4 Mac 2021. Foto REUTERS
BERITA UTAMASELANGOR

Lebih 1.6 juta penduduk Selangor daftar program vaksin

SHAH ALAM, 17 MAC: Seramai 1,668,544 individu di Selangor sudah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, jumlah keseluruhan yang mendaftar ialah 5,742,572.

Ia diikuti Johor dengan 732,516 orang, Kuala Lumpur (516,956), Sarawak (451,918), Pulau Pinang (410,841) dan Perak (395,944).

Manakala di Kedah seramai 288,837 orang mendaftar diikuti Sabah (254,823), Negeri Sembilan (233,024), Pahang (219,796) dan Kelantan (151,580).

Negeri lain iaitu Melaka mencatat 189,129 orang, Terengganu (142,145), Putrajaya (40,559), Perlis (35,456) dan Labuan (19,504).

Sementara itu, negeri ini kekal merekodkan penerima tertinggi vaksin dalam kumpulan fasa pertama dengan 41,913 daripada 346,508 seluruh negara setakat semalam.

Laporan harian pemberian dos pertama vaksin mengikut negeri menyaksikan Perak pada kedudukan kedua iaitu 39,404 manakala Sabah pula 33,966 orang.

Negeri lain iaitu Sarawak mencatat 32,465 orang, Kuala Lumpur (31,740), Johor (26,185), Pahang (25,933) dan Kedah (23,871).

Pulau Pinang pula merekodkan 20,393 individu menerima suntikan, sementara Kelantan (16,541), Terengganu (15,725), Negeri Sembilan (14,489), Melaka (9,120), Perlis (8,038), Putrajaya (4,383) dan Labuan (2,342).


Pengarang :