Kemudahan yang terdapat di pusat terapi kanak-kanak berkeperluan khas Akademi Headstart berlokasi di pusat beli-belah SACC, Shah Alam. Imej dirakamkan pada 14 April 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 70 institusi pendidikan, PDK dijangka mohon bantuan anak OKU

SHAH ALAM, 23 MAC: Institusi pendidikan anak istimewa dan pemulihan dalam komuniti (PDK) diajak memohon bantuan sehingga RM10,000 yang disediakan Kerajaan Negeri di bawah program Didik Anak Istimewa Selangor (AnIS).

Ketua Jabatan Danial Al-Rashid Haron berkata bantuan Didik AnIS dengan peruntukan RM500,000 menyasarkan permohonan dari institusi pendidikan dan PDK yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Bantuan ini membolehkan pusat tersebut menaik taraf keperluan, menyediakan persekitaran kelas terapi yang kondusif selain membantu anak berkeperluan khas menerima EIP dengan lebih berkesan dan sistematik,” katanya kepada SelangorKini.

Institusi yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang http://www.anisselangor.com/didikanis bermula semalam sehingga 30 April ini.

Antara dokumen diperlukan ialah salinan sijil pendaftaran pertubuhan, sijil pendaftaran dengan JKM dan KPM, senarai nama berserta sijil pelatih institusi, senarai nama kanak-kanak berserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kelainan upaya serta salinan penyata bank terkini.

Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dilampirkan bersama dokumen sokongan berkenaan dan dihantar ke alamat e-mel [email protected].


Pengarang :