Berlaku letupan di luar gereja di Makassar di Sulawesi Selatan pada 28 Mac 2021. Foto: Google Maps
AGENDAGLOBAL

Letupan luar gereja di Makassar

JAKARTA, 28 MAC: Satu letupan berlaku di luar gereja di Makassar di Sulawesi Selatan ketika penganut Kristian sedang melakukan ibadah.

Jurucakap polis Sulawesi Selatan berkata bom dipercayai meletup di pintu gerbang gereja serta terdapat cebisan daging manusia di lokasi kejadian, lapor AFP.

“Kita mempercayai terdapat cebisan daging manusia dan masih sedang menyiasat sama ada milik suspek atau orang ramai.

“Beberapa kenderaan di kawasan berdekatan turut mengalami kerosakan,” kata E. Zulpan.

Beliau berkata punca insiden masih disiasat dan polis sudah mengepung kawasan sekitarnya.


Pengarang :