Petugas Lembaga Zakat Selangor menyampaikan sumbangan barangan asas kepada wakil Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kajang pada 15 Mac 2021. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS buat kunjungan kasih, agih bantuan ke Hospital Kajang

SHAH ALAM, 16 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan lawatan mesra ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kajang semalam.

Agensi berkata kunjungan kasih bertujuan mengukuh hubungan mereka dalam menyantuni golongan yang berhak menerima zakat khususnya pesakit yang mendapatkan rawatan.

“Dalam program tersebut, Zakat Selangor menyerahkan barangan asasi kering seperti beras, gula, minyak, tepung dan lain-lain kepada pihak hospital.

“Ia untuk diagihkan kepada pesakit atau keluarganya yang berada dalam kesempitan kewangan ketika mereka sedang diuji Allah dengan ujian penyakit yang pelbagai,” katanya di Facebook.

LZS berkata lawatan itu diketuai Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abd Basith Hamid dalam usaha memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.


Pengarang :