Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meninjau keadaan bumbung salah sebuah rumah yang terjejas akibat ribut di Taman Kamisan, Kampung Kuantan pada 10 Mac 2021. Foto ihsan pejabat parlimen Kuala Selangor
AGENSISELANGOR

Mangsa ribut Kuala Selangor dapat bantuan kewangan

SHAH ALAM, 11 MAC: Wakil rakyat Kuala Selangor semalam menyerahkan bantuan kewangan segera kepada mangsa ribut sekitar Taman Kamasan, Kampung Kuantan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan memaklumkan keluarga yang terkesan turut dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan susulan.

Menurutnya, insiden pada jam 2.15 petang semalam menjejaskan tujuh kediaman namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Penduduk mengalami kerugian berikutan kerosakan pada bahagian bumbung menyebabkan air masuk ke dalam rumah dan memusnahkan perabot serta alatan elektrik,” katanya.

Pada 6 Mac, insiden sama berlaku di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi yang menjejaskan kira-kira 100 kediaman dan beberapa buah sekolah.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan awal sebanyak RM500 kepada setiap keluarga mangsa ribut bagi meringankan beban mangsa.


Pengarang :