Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura RM5,000 kepada Masjid Al- Shariff Taman Seri Telok Datok, Kuala Langat ketika Jelajah Kita Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Masjid Al-Shariff terima RM5,000, tampung belanja Ramadan

KUALA LANGAT, 21 MAC: Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada Masjid Al-Shariff, Taman Seri Telok Datok di sini.

Dato’ Menteri Besar berkata serahan bertujuan membantu pengurusan rumah ibadat itu menampung perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti pada bulan puasa.

“Semoga bantuan dapat dimanfaatkan pihak masjid dan ahli kariah untuk menguruskannya dan membuat persiapan Ramadan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui selepas menunaikan Solat Zuhur di masjid berkenaan menerusi program Jelajah Kita Selangor di sekitar Parlimen Kuala Langat hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya akan meneliti permohonan pihak masjid untuk menggantikan permaidani usang kepada baharu.

“Kita sedang menilai dan insya-Allah akan bantu tukarkannya supaya rumah ibadat ini kelihatan lebih menarik,” katanya.

Program Jelajah Kita Selangor hari ini yang bermula sejak pagi hingga petang bertujuan memberi peluang kepada pimpinan untuk mendengar luahan rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan.


Pengarang :