Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama selepas menyerahkan cek cura pembiayaan kepada empat wakil ketika Majlis Ramah Mesra bersama Penggerak Kerajaan Selangor sempena Sambutan Ulang Tahun Yayasan Hijrah Selangor ke-6 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (PPAS) pada 29 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Hijrah berjaya lahir lebih 50,000 usahawan

SHAH ALAM, 29 MAC: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berjaya melahirkan seramai 57,211 usahawan sejak ditubuhkan enam tahun lepas, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mereka menerima manfaat Skim Pembiayaan Mikro Kredit, Skim Pembiayaan Zero to Hero, Skim Pembiayaan Go Digital dan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) melibatkan dana sejumlah RM554,540,500.

“Hijrah membantu mereka yang mahu berniaga tetapi tiada modal, memerlukan modal tambahan serta membantu peniaga yang hampir rugi susulan Covid-19 untuk bangkit semula.

“Jumlah pinjaman meningkat kerana ramai usahawan meminjam secara berulang sejak perebakan Covid-19,” katanya sempena Sambutan Ulang Tahun Hijrah keenam di Perbadanan Perpusatakaan Awam Selangor (PPAS) hari ini.

Pada awal penubuhan Hijrah, Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Mikro Kredit dengan modal pusingan RM100 juta untuk mengupayakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Inisiatif membantu usahawan ditambah baik menerusi program Zero To Hero yang melaksanakan konsep melatih dan memantau peserta dikendalikan syarikat peneraju terpilih.

Pada 10 Februari lepas, Kerajaan Negeri melancarkan NaDi bagi membantu individu yang baharu menjalankan perniagaan dengan tawaran pinjaman antara RM1,000 hinggaRM5,000.

Turut dilancarkan Go Digital untuk membantu usahawan sedia ada beralih ke arah pendigitalan menerusi pinjaman pembelian alat telekomunikasi.


Pengarang :