Dato’ Seri Amirudin Shari mendengar penerangan ringkas mengenai kaedah penjagaan tanaman organik daripada wakil surau ketika lawatan beliau meninjau Kebun Komuniti Surau Ulul Azmi, Ampang pada 6 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB, isteri tinjau aktiviti masyarakat, pembangunan Ampang

AMPANG, 6 MAC: Dato’ Menteri Besar hari ini turun padang sekitar Parlimen Ampang bagi melihat aktiviti masyarakat serta pembangunan kawasan itu.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang ditemani isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad memulakan jelajah dengan sesi ‘walkabout’ di Pasar Pagi Kampung Dato Mufti Shuib.

“Ada penduduk dan peniaga yang mengadu masalah dihadapi mereka. Jadi saya akan bincang beberapa perkara dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengenai kemudahan dan keperluan setempat,” katanya pada Program Jelajah Kita Selangor di Ampang hari ini.

Dalam sesi berkenaan, beliau turut mengagihkan 500 pelitup muka serta akhbar SelangorKini kepada peniaga serta pengunjung pasar pagi.

Dato’ Menteri Besar turut menyerahkan bantuan kewangan kepada pentadbiran beberapa surau selain menyerahkan bakul makanan kepada penduduk berpendapatan rendah (B40).

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai Januari lalu, lebih 63,000 bantuan makanan diedarkan seluruh negeri ini,” katanya.

Program Jelajah Kita Selangor merupakan sesi yang pertama untuk tahun ini.


Pengarang :