Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau keadaan paip sempena program turun padang di Pangsapuri Laksaman Batu Caves, Gombak pada 9 Mac 2021. Foto RADIN WAZIR/PEJABAT MENTERI BESAR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB jamin selesai isu bekalan air dua pangsapuri di Gombak

GOMBAK, 10 MAC: Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air melibatkan penduduk di Pangsapuri Laksamana, Kampung Laksamana dan Pangsapuri Mewah, Taman Bolton, di sini.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya akan berbincang lanjut dengan agensi berkaitan termasuk kemungkinan berlaku kebocoran paip yang menyalurkan air ke pangsapuri.

“Saya dimaklumkan Pangsapuri Laksamana mengalami kerosakan tangki air manakala isu meter dan tekanan air berlaku di Pangsapuri Mewah, jadi kita kena lihat apa yang boleh dibantu.

“Hari ini saya turun sendiri mendengar masalah penduduk, cuma kos untuk membaiki paip atau tangki sangat dan memerlukan sedikit masa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua ditemui pemberita selepas meluangkan masa hampir sejam mendengar serta meninjau isu penempatan tersebut.

Turut mengiringi lawatan adalah EXCO Perumahan, Rodziah Ismail dan pegawai Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

 


Pengarang :