Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan cek cura bernilai RM5,000 kepada wakil Masjid Bandar Baru Ampang di Bandar Baru Ampang, Ampang pada 7 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB jelajah Parlimen Ampang, rasmi bilik gerakan

AMPANG, 7 MAC: Dato’ Menteri Besar mengadakan program Jelajah Kita Selangor ke Parlimen Ampang petang tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari memulakan lawatan dengan menunaikan solat Zohor di Masjid Bandar Baru Ampang seterusnya menyampaikan sumbangan masing-masing RM5,000 kepada masjid tersebut dan Masjid Jamiul-Huda, Kampung Melayu Ampang.

Beliau turut menyampaikan bantuan makanan kepada 100 kariah masjid.

Program jelajah diteruskan dengan sumbangan wang tunai dan makanan kepada pesakit buah pinggang, Chua Boon Chin, 40, serta kerusi roda dan makanan kepada Yap Choen Wah, 51, yang menetap di Bandar Baru Ampang.

Amirudin turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan makanan kepada pesakit barah Abdullah Kasim, 65, di Taman Cahaya.

Siri jelajah berakhir dengan perasmian Bilik Gerakan Utama Parlimen Ampang di Santai@ Ampang Point.


Pengarang :