Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada penduduk sempena program Jelajah Kita Selangor di Kampung Tasek Tambahan, Ampang pada 6 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB lawat pesakit barah, beri bantuan makanan kepada masyarakat India

AMPANG, 6 MAC: Dato’ Menteri Besar mengadakan program jelajah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya petang tadi.

Lawatan dimulakan dengan penyerahan sumbangan makanan kepada 50 penduduk Kampung Ampang Indah di Kuil Sri Sakthi Vinayagar.

Dato’ Seri Amirudin Shari kemudian melawat dan menyampaikan bantuan kepada seorang pesakit barah Maizun Arshad, 75, di Kampung Ampang Indah seterusnya menghadiri Majlis Perasmian Relawan Lembah Maju di Ampang Avenue.

Siri jelajah pada waktu petang berakhir dengan Program Pit Stop Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Dataran Belia Bukit Sungai Putih, Kampung Muhibbah.

Beliau juga menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Belia Ampang Jaya.

Amirudin dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyerahan Sumbangan Persatuan Anak Muda DUN Lembah Jaya pada jam 9 malam ini.


Pengarang :