Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas meninjau pembukaan semula sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia, Gombak pada 1 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB saran sekolah baiki sistem daftar pelajar, jadual ambil anak

GOMBAK, 1 MAC: Sistem pendaftaran pelajar disaran diperbaiki sebelum sesi penuh bermula 4 April ini bagi mengurangkan kesesakan di luar pagar sekolah selepas tamat pembelajaran.

Dato’ Seri Amirudin Shari Beliau berkata jadual perlu disediakan kepada ibu bapa mengambil anak mereka bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Ada sekolah yang buat dua sesi namun bergantung pada kesesuaian malah ia suatu proses pembelajaran yang baik dan kena tengok kapasiti penuh pada tarikh berkenaan.

“Bukan pelajar sahaja yang harus diberikan jadual tetapi ibu bapa juga. Mungkin mereka perlu mengikut jadual ini sehingga tahun hadapan,” katanya selepas meninjau pembukaan semula sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia, Gombak hari ini.

Difahamkan, hampir 550 murid sekolah terbabit kembali meneruskan persekolahan 2021 melibatkan sesi pagi serta petang.

Sekolah dibuka semula secara berperingkat mulai hari ini melibatkan murid prasekolah, tahun satu dan dua di sekolah rendah, diikuti tahun tiga hingga enam bermula 8 Mac.

Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain pada 5 April.


Pengarang :