(Gambar hiasan) Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibuka mulai 24 Januari hingga 20 Februari 2022. Peruntukan untuk asnaf fisabilillah itu bagi pelajar yang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB seru anak Selangor mohon hadiah masuk universiti sebelum 31 Mac

SHAH ALAM, 2 MAC: Dato’ Menteri Besar mengalu-alukan anak Selangor memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM1,000 ditawarkan kepada mereka yang bakal memasuki institut pengajian tinggi (IPT).

“Setiap tahun, Kerajaan Negeri menawarkan insentif yang dinamakan HPIPT ini bagi meringankan beban persediaan belajar.

“Layari https://hpipt.selangor.gov.my/ dan mohon segera sebelum 31 Mac ini,” katanya menerusi Facebook.

Inisiatif ini ditawarkan kepada anak Selangor dalam kalangan keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Pemohon mestilah pelajar tahun pertama yang menerima tawaran pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma serta sijil kemahiran tahap empat di IPT awam dan swasta.

Antara syarat lain, mereka pemastautin di negeri ini lebih setahun, warganegara dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dokumen sokongan boleh dihantar ke Urus Setia HPIPT Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor.

 


Pengarang :