Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Jasamu Dikenang Budimu Disanjung di Hotel Sunway pada 27 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB ulangi tekad kukuhkan PAKATAN, tolak politik kotor

PETALING JAYA, 28 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari terus mengulangi tekad untuk  memperkukuh Pakatan Harapan (PAKATAN).

Beliau yang juga pengerusi PAKATAN Selangor menempelak Kerajaan Perikatan Nasional yang seringkali bercakap tidak serupa bikin.

“Kerajaan mereka ‘double standard’ (dwistandart), kononnya kata jangan main politik kotor dan tak adil tetapi mereka pula sebaliknya sehingga ada yang curi wakil rakyat kita (PAKATAN).

“Sebab itu kita tolak mereka dan saya akan terus kekal bersama PAKATAN,” katanya ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung di Sunway Hotel Spa, malam tadi.

Majlis anjuran Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar itu turut dihadiri Ketua Cabang KEADILAN Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail.


Pengarang :