Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika menyampaikan Bakul Makanan Asas kepada wakil Orang Asli Mah meri ketika Jelajah Menteri Besar ke parlimen Kuala Langat di Kampung Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat pada 21 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk RM5 juta laksana CSR menerusi Pakej Kita Selangor

KUALA LANGAT, 22 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) memperuntukkan RM5 juta bagi menggerakkan program tanggungjawab korporat (CSR) menerusi Pakej Kita Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norita Mohd Sidek berkata daripada jumlah berkenaan RM600,000 diperuntukkan untuk bakul makanan Orang Asli.

“Sebanyak 74 kampung Orang Asli merangkumi 6,500 keluarga daripada 22 Dewan Undangan Negeri menerima bantuan ini,” katanya ketika ditemui pada Penyampaian Bakul Makanan Asas di Kampung Asli Sungai Bumbun semalam.

Jelasnya, pada progam yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin sebanyak 159 kotak makanan diserahkan kepada 159 keluarga.

Sementara itu, Norita berkata pihaknya dalam perancangan mengadakan program bantuan menjelang Ramadan. Jenis bantuan berkenaan akan diumum kemudian.

Sumbangan RM5 juta bagi Pakej Kita Selangor merangkumi bantuan makanan untuk petugas barisan hadapan, tablet kegunaan petugas barisan hadapan PKRC MAEPS dan inisiatif cakna anak barisan hadapan.


Pengarang :