Penduduk digalakkan menyertai kebun komuniti sekiranya ingin menyertai aktiviti bercucuk tanam. Foto: MBSJ
PBTSELANGOR

MBSJ saran penduduk bertani di kawasan sesuai

SHAH ALAM, 22 MAC: Penduduk disarankan bertani di kawasan sesuai bagi mengelakkan gangguan kejiranan serta menjauhkan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam kenyataan berkata ia susulan pihaknya kerap menerima aduan ada penduduk meletakkan pasu dan tanaman di kawasan tidak sewajarnya.

“Namun MBSJ tiada halangan bagi komuniti menanam pokok atau tanaman lain di dalam kawasan rumah tanpa menyebabkan gangguan.

“Kami melaksanakan program pertukaran biji benih bagi menggalakkan penanaman pokok, penduduk turut digalakkan menyertai program kebun komunti,” katanya.

MBSJ berkata setiap tahun pihaknya menyasarkan kira-kira 80,000 pokok baru ditanam.

“Kami juga membangunkan hutan bandar di USJ 3 yang mengandungi pelbagai spesis tumbuhan hutan, herba dan hiasan yang dapat meningkatkan biodiversiti di kawasan bandar raya,” katanya.

 


Pengarang :