Timbalan Yang Dipertua MPK Elya Marini Darmin (kanan) membuat pemantauan di sebuah pasar malam bagi memastikan peniaga mematuhi tatacara operasi piawai (SOP). Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK ketatkan SOP pasar, cegah penularan wabak

SHAH ALAM, 15 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memperketat tatacara operasi piawai (SOP) pasar pagi dan malam seliaannya bagi mengekang penularan Covid-19.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata tindakan susulan aduan pengunjung yang mendakwa terdapat individu tidak mematuhi arahan, lapor The Star.

Jelasnya, anggota penguat kuasa dari Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kesihatan akan membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan isu sama tidak berulang.

“Tindakan ini akan mengubah sikap sambil lewa masyarakat yang menganggap pematuhan SOP tidak wajar,” katanya menambah sebanyak 58 pasar malam dan 14 pasar pagi beroperasi di Klang.

Dr Ahmad Fadzli berkata pihaknya juga melakukan kaji selidik SOP di premis niaga terbabit mulai 12 hingga 26 Mac bagi menambah baik sistem perkhidmatan.

Menurutnya, antara kebimbangan masyarakat ialah segelintir peniaga dan pembeli tidak memakai pelitup muka dengan betul.


Pengarang :