Dato’ Seri Amirudin Shari meneliti kerosakan pada fasiliti sukan panjat tembok di Taman Sukan Lasak Shah Alam di Seksyen 13 pada 14 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Naik taraf taman sukan lasak, MB bincang dengan pemaju

SHAH ALAM, 15 MAC: Anggaran RM2 juta diperlukan bagi menaik taraf keseluruhan fasiliti di Taman Sukan Lasak Shah Alam, Seksyen 13 dekat sini.

Dato’ Menteri Besar berkata kompleks yang dibina lebih sedekad lalu memerlukan pembaikan gelanggang papan selaju dan basikal serta kemudahan sukan panjat tembok.

“Ini perkiraan kasar. Jika mahu pasang bumbung kira-kira RM2 hingga RM3 juta lagi diperlukan, justeru kita akan bincang dengan pemaju,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas meninjau kawasan terbabit semalam.

Beliau turut gembira taman berkenaan menjadi pilihan keluarga menghabiskan masa beriadah pada hujung minggu selain memberi komitmen untuk menjadikan lokasi itu lebih baik.

Pada 30 Mei 2016, taman sukan lasak itu diberi nafas baharu melalui projek dirintis Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Inisiatif Selangor Youth Community dan badan bukan kerajaan bagi menggalakkan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti sukan dan rekreasi.


Pengarang :