Dato’ Haris Kasim mengimbas cap jari perakam buat kali terakhir sempena majlis perpisahannya di Wisma MBSA pada 19 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pegawai kewangan baharu hasrat kekal kutipan hasil negeri RM2 bilion

SHAH ALAM, 19 MAC: Pegawai kewangan yang baharu beriltizam untuk mengekalkan kutipan hasil negeri berjumlah RM2 bilion setahun di sebalik cabaran pandemik Covid-19.

Mengakui tugas itu berat, namun Dato’ Haris Kasim akan merangka pelbagai strategi dalam usaha memenuhi mandat diberikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Ini tanggungjawab yang agak berat terutama selepas pandemik, namun kita akan teruskan kestabilan kutipan selain menyusun perbelanjaan berhemah,” katanya ketika ditemui.

Petang tadi, mantan Datuk Bandar Shah Alam itu diraikan dalam Majlis Lambaian Kasih di sini.

Haris dilantik sebagai pegawai kewangan negeri berkuat kuasa 12 Mac menggantikan Dato’ Nor Azmie Diron yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sejak 3 Februari lepas.

Sebelum Datuk Bandar, beliau pernah memegang jawatan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor pada Januari 2015 dan menyandang jawatan pegawai daerah Hulu Langat.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai yang dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor antara 2005 hingga 2011 dan pegawai pejabat daerah dan tanah Sepang pada 2012 hingga 2014.

 


Pengarang :