Ng Sze Han (tiga, kanan) bergambar bersama penduduk Bagan Sekinchan yang menerima geran tanah di pekan Sekinchan pada 23 Mac 2021. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Penduduk Bagan Sekinchan dapat geran tanah lepas 50 tahun

SEKINCHAN, 23 MAC: Kerajaan Selangor menyerahkan geran tanah kepada 80 keluarga di Bagan Sekinchan selepas lebih 50 tahun menduduki kawasan berkenaan.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata pemberian hak milik secara telus tanpa membabitkan ‘orang tengah’ mengikut amalan yang dilaksana sejak 2008.

“Sebelum ini penduduk mengadu jika ingin mohon tanah atau TOL (lesen pendudukan sementara) mereka kena bayar lebih namun sekarang hanya perlu mohon melalui pejabat Dewan Undangan Negeri dan terus ke pejabat daerah dan tanah,” katanya pada program serahan terbabit.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim.

Menurut Sze Han, langkah itu juga membuktikan komitmen Kerajaan Negeri membantu rakyat selain bersungguh menunaikan janji.

“Walaupun perkara ini (mendapatkan tanah) sangat rumit namun kita tetap mencari penyelesaian tanpa beri kesan kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

 


Pengarang :