Penyelaras DUN Gombak Setia, Abdul Rahim Kasdi menyerahkan sumbangan kepada penduduk terjejas Covid-19. Foto Pusat Khidmat DUN Gombak Setia
ADNSELANGOR

Penyelaras DUN Gombak Setia agih 3,500 bantuan makanan, 16 komputer

SHAH ALAM, 20 MAC: Sebanyak 3,500 bakul makanan diagih kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sekitar kawasan Gombak Setia setakat ini.

Penyelarasnya Abdul Rahim Kasdi berkata bantuan berupa beras, minyak, biskut dan gula itu sebagai langkah meringankan beban penduduk terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Dalam masa sama kita turut agihkan barangan basah seperti ayam kepada 1,000 penduduk dalam usaha memastikan semua kebajikan terjaga.

“Bantuan diluaskan lagi dengan pemberian 16 komputer kepada keluarga yang benar-benar memerlukan ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berjalan sebelum ini” katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya semua bantuan diserah melalui Pusat Khidmat Penyelaras DUN, ahli majlis atau ketua kampung serta program ziarah ke rumah.

“Cara ini dapat mengelakkan penularan Covid-19 selain memastikan ia sampai kepada golongan sasar,” katanya.


Pengarang :