Petugas kesihatan memasukkan data yang diperoleh selepas ujian makmal dijalankan ke atas sampel calitan orang ramai ketika saringan komuniti Covid-19 percuma di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Taman Batu Tiga, Subang Jaya pada 13 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Petaling catat 136 jangkitan, tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 17 MAC: Petaling catat kes harian Covid-19 tertinggi selepas 136 jangkitan dilaporkan petang semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata ia meliputi Damansara (51), Petaling (49), Sungai Buloh (26) dan Bukit Raja (10).

Diikuti Hulu Langat dengan 78 kes iaitu Ampang (26), Kajang (19), Cheras (17), Hulu Langat (lapan), Semenyih (enam) dan Beranang (dua).

“Klang catat 50 kes dengan Klang (49) dan Kapar (satu) manakala Gombak rekod 22 meliputi Batu dan Rawang (lapan), Kuang (empat) dan Hulu Klang (dua).

“Sebanyak 17 jangkitan dikesan di sepang dengan semua melibatkan Dengkil. Kuala Langat catatkan 10 kes dengan Telok Panglima Garang (lima), Tanjung 12 (empat) dan Bandar (satu),” katanya menerusi Facebook.

Agensi berkata lima kes dilaporkan di Kuala Selangor dengan Bestari Jaya dan Ijok (dua) manakala Pasangan (satu).

“Empat kes direkodkan di Hulu Selangor dengan Serendah (tiga) dan Ampang Pecah (satu). Sabak Bernam mencatatkan sifar kes,” katanya.

Selangor melaporkan 323 kes baharu pandemik semalam, turun berbanding kelmarin yang merekodkan 379 jangkitan.

 


Pengarang :