Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian Covid-19 terhadap seorang kanak-kanak ketika Saringan Bersasar Komuniti di Dewan Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Petaling catat 263 kes Covid-19, 102 di mukim Damansara

SHAH ALAM, 2 MAC: Petaling merekodkan kes positif Covid-19 tertinggi dua hari berturut-turut dengan 263 kes, meningkat berbanding semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 102 kes direkodkan di Damansara diikuti mukim Petaling (79), Sungai Buloh (61) dan Bukit Raja (21).

“Daerah kedua tertinggi ialah Hulu Langat iaitu 155 kes dengan kebanyakannya di Kajang 64 kes diikuti Cheras (45), Ampang (27), Hulu Langat (11) serta Semenyih dan tahanan penjara (empat).

“Manakala, Gombak pula merekodkan 110 kes diikuti Klang (50), Kuala Langat (40) dan Sepang (30),” katanya menerusi Facebook.

Menurut agensi itu dua daerah lagi mencatatkan 12 kes iaitu Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Selangor merekodkan 672 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 101,018 dengan 2,739 daripadanya kes aktif.


Pengarang :