Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti Bersasar secara percuma di Dataran Otomobil , Shah Alam pada 7 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN
AGENSISELANGOR

Petaling kekal daerah tertinggi kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 18 MAC: Petaling kekal merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor dengan 109 hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata saringan kontak rapat menjadi penyumbang utama melalui 65 kes iaitu di mukim Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh.

“Sementara Hulu Langat menjadi daerah kedua kes terbanyak iaitu 90 dan Kluster Penjara Jalan Harapan menjadi penyumbang tertinggi dengan 31.

“Ia diikuti Gombak mencatat 43 kes, hasil saringan kontak rapat di mukim Batu dan Rawang sebagai punca utama peningkatan kes berkenaan,” kata jabatan itu menerusi Facebook.

Pada masa sama, JKNS melaporkan Klang merekodkan 41 kes iaitu mukim Klang (28) dan Kapar (13).

Menurutnya, mukim Ijok di Kuala Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 12 kes berbanding jumlah keseluruhan 28 di daerah berkenaan.

“Ia diikuti Kuala Langat dengan 23 kes, Sepang (14), Hulu Selangor (4) dan Sabak Bernam (1),” katanya.


Pengarang :