Orang ramai patuh menggunakan pelitup muka selepas Kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur mulai 5 Mac

SHAH ALAM, 2 MAC: Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB.

“Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut beliau pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi kesemua negeri itu berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri kecuali Sabah mulai 5 Mac ini.

“Berhubung Sabah, kerajaan negeri sebenarnya memohon supaya sekatan daerah di negeri itu dikekalkan untuk tempoh dua minggu.

“Kita faham Sabah negeri yang besar yang mana satu daerah mereka sebenarnya lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung,” katanya.

Sebelum ini kerajaan melarang pergerakan merentas daerah dan negeri ekoran peningkatan kes Covid-19.

 


Pengarang :