Satu bongkah konkrit berbentuk segi empat jatuh dari sebuah lori di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 25 Mac 2021. Foto Facebook
AGENDANASIONAL

Polis saman pemandu lori jatuhkan bongkah konkrit di MRR2

SHAH ALAM, 25 MAC: Polis menyaman pemandu lori yang cuai sehingga bongkah konkrit terjatuh di lorong tengah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Ampang.

Ketua polis Ampang Jaya berkata kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan laluan trafik sesak selepas Hillview menghala ke Ampang, lapor Berita Harian.

“Tidak ada laporan polis dibuat berhubung kejadian, namun pihak polis sudah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori terbabit.

“Bongkah konkrit itu sudah dialihkan dan laluan kembali lancar kira-kira setengah jam kemudian,” kata Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak.

Awal pagi tadi, satu bongkah konkrit berbentuk segi empat jatuh dari sebuah lori di jalan terbabit sehingga trafik sesak ketika orang ramai keluar ke tempat kerja.


Pengarang :