Dato’ Seri Amirudin Shari mengecat mural sebagai simbolik perasmian program Pemberdayaan Komuniti Bersih dan Ceria di Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ pada 14 Mac 2021. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Program berdaya komuniti pupuk kesedaran jaga kebersihan

SUBANG JAYA, 15 MAC: Kerajaan Negeri menyambut baik pelaksanaan program kesedaran bagi memupuk amalan kebersihan dalam kalangan komuniti khasnya di pangsapuri kos rendah.

Dato’ Menteri Besar berkata Program Pemberdayaan Komuniti Indah dan Ceria 2021 turut memberi kesan terhadap keselesaan dan keceriaan penduduk serta mencegah masalah lain.

“Selain mengukuhkan hubungan penduduk, program ini juga memupuk budaya bantu-membantu dalam menjaga kebersihan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan program berkenaan di Pangsapuri Seri Nipah semalam.

Beliau menambah amalan yang baik mampu mencegah peningkatan kes jenayah, masalah kesihatan dan kejiranan serta sosial.

Program anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya turut disertai EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail serta Datuk Bandar Noraini Roslan.

Dalam majlis itu, Amirudin turut menyerahkan bantuan Covid-19 kepada 50 penghuni pangsapuri berkenaan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 5.

 


Pengarang :