Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melakukan aktiviti ‘flying fox’ di laluan Zip Line yang dibina sepanjang 240 meter merentasi tasik Shah Alam pada 28 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Raja Muda Selangor rasmi tarikan baharu Taman Tasik Shah Alam

SHAH ALAM, 28 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan dua tarikan baharu di Taman Tasik Shah Alam hari ini.

Turut hadir ke majlis pelancaran Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Musical Fountain itu ialah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Baginda melakukan aktiviti ‘flying fox’ bersama Amirudin di laluan Zip Line Shah Alam yang dibina sepanjang 240 meter merentasi tasik.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata Majlis Bandaraya Shah Alam menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama negeri ini membina kemudahan seumpama itu.

“Saya harap penduduk dapat menggunakan kemudahan ini sebaiknya dan pada masa sama mendidik kanak-kanak serta generasi muda terhadap kepentingan kekalkan persekitaran hijau di Shah Alam,” katanya.


Pengarang :