Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Masdiana Muhamad menyerahkan sumbangan barang keperluan wanita dan keperluan asas kepada wakil Rumah Sinar Kasih di Bukit Beruntung, Rawang pada 10 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Rumah Sinar Kasih terima bantuan makanan, keperluan diri

HULU SELANGOR, 10 MAC: Isteri Dato’ Menteri Besar bersama beberapa individu menghulurkan bantuan makanan asas kepada Rumah Sinar Kasih (Pengasih Selangor) hari ini.

Datin Seri Masdiana Muhamad berkata mereka turut menyumbang barangan kebersihan diri, keperluan wanita serta pakaian dalam demi menjamin keselesaan penghuninya.

“Antara barang makanan diberikan beras, telur, minyak dan beberapa lagi. Barangan kebersihan pula melibatkan sabun mandian dan syampu selain tuala wanita serta pakaian dalam,” katanya.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu berkata sumbangan terbabit mulanya hanya melibatkan bantuan peribadi namun beberapa rakan melahirkan hasrat untuk turut serta membantu.

“Saya berharap lebih ramai lagi individu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Bagaimanapun saluran harus dipastikan betul supaya matlamat sasaran tercapai,” katanya.

Rumah Sinar Kasih itu didiami 13 penghuni wanita berusia antara 22 hingga 48 tahun yang kini menerima rawatan akibat penagihan dadah.

Selain dijaga beberapa sukarelawan, mereka turut dipantau beberapa agensi bagi memastikan mereka bebas dadah.


Pengarang :