Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian Covid-19 ketika Saringan Komuniti di Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan bersasar di empat lagi lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 11 MAC: Program saringan bersasar percuma bagi mencegah penularan Covid-19 bakal diteruskan di empat lagi lokasi pada Sabtu dan Ahad.

Pengurus Klinik Selcare berkata ujian mulai jam 9 pagi berlangsung di Dewan Serbaguna MPSJ, Bandar Bukit Puchong dan Taman Batu Tiga, Subang Jaya pada 13 Mac.

Menurut Mohd Noor Md Nasir, program sama turut dijalankan serentak keesokannya di Dewan Seroja MBSA, Seksyen 27 dan Dewan Serbaguna MPSJ, USJ 7.

Mohd Noor Md Nasir bercakap kepada media ketika program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Resak MBSA, Subang Perdana, Shah Alam pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Penduduk Taman Mutiara Indah, Taman Saujana Puchong, Bandar Bukit Puchong dan kawasan sekitar digalak menjalani saringan di Dewan Serbaguna MPSJ.

“Sementara mereka yang tinggal di Taman Mutiara Subang dan Seksyen 22, Shah Alam boleh membuat ujian di Taman Batu Tiga,” katanya menyaran penduduk memanfaatkan program selagi belum divaksin.

Mohd Noor berkata Saringan Komuniti di USJ 7 pula menyasar penduduk Subang Perdana Goodyear Court dan kawasan berhampiran manakala penduduk Seksyen 27 di Dewan Seroja MBSA.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.


Pengarang :