Dato’ Seri Amirudin Shari disertai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya Daing Muhammad Reduan Bachok memotong riben simbolik perasmian Pusat Khidmat Penyelaras DUN Lembah Jaya di Ampang Waterfront, Ampang pada 6 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Saringan komuniti diteruskan ikut keperluan, keadaan semasa

AMPANG, 6 MAC: Kerajaan Negeri akan meneruskan saringan bersasar Covid-19 meskipun suntikan vaksin sudah berjalan.

Dato’ Menteri Besar berkata bagaimanapun penganjuran program komuniti itu bergantung kepada keperluan serta keadaan semasa.

“Kita akan lihat kes serta tumpu kepada kawasan panas. Ini (program) bagi mengelakkan adanya perebakan wabak dan usaha mengekang penularan wabak dalam komuniti diteruskan kerana ia bahaya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui.

Terdahulu beliau merasmikan Pusat Khidmat (Penyelaras) Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya.

Pada 20 Januari, Kerajaan Selangor menerusi Pakej Kita Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung penularan wabak.

Antara lokasi dianjurkan di Dewan Seksyen 19, Seksyen 7 dan Seksyen 25, Shah Alam; Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang; Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya dan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam.

Program itu dijangka memanfaatkan 50,000 rakyat dengan tumpuan kepada golongan sasar seperti warga emas terutama di pusat penjagaan dan hemodialisis seluruh negeri termasuk kumpulan berpendapatan rendah (B40) serta mahasiswa anak Selangor.


Pengarang :