Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Saringan percuma Covid-19 di Kuala Selangor hari ini

SHAH ALAM, 21 MAC: Program saringan bersasar secara percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi hari ini di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Penduduk Taman Seri Indah, Taman Pelangi, Taman Pancaran, pekan Bestari Jaya dan Taman Kilauan digalakkan hadir untuk mengesan jangkitan Covid-19 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Pendaftaran boleh dimuat turun melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Saringan serupa diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang semalam.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.


Pengarang :