Seorang lelaki melalui sebuah poster Saringan Covid-19 Komuniti Bersasar secara percuma di Dataran Otomobil, Shah Alam pada 7 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan percuma diteruskan di Shah Alam, Kota Damansara hari ini

SHAH ALAM, 7 MAC: Program Saringan Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan ke Shah Alam dan Kota Damansara hari ini.

Saringan komuniti bersasar itu bermula jam 9 pagi di Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan Serbanguna Seksyen 2, Kota Damansara.

Tinjauan di Shah Alam mendapati walaupun cuaca hujan, ia tidak menghalang orang ramai menunggu seawal jam 8.30 pagi untuk menjalani saringan.

Seramai 30 petugas kesihatan Klinik Selcare dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) lengkap mengenakan sut perlindungan diri bagi melakukan proses saringan hingga jam 4 petang nanti.

Saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) iaitu membolehkan jangkitan Covid-19 dikesan dalam tempoh kurang 30 minit.

Orang ramai yang ingin menjalani ujian perlu terlebih dahulu mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan kemudiannya membuat pengesahan dengan petugas.

Lokasi saringan dikawal ketat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis.


Pengarang :