Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian saringan Covid-19 ketika Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada 20 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Satu keluarga buat saringan, pastikan bebas jangkitan Covid-19

KUALA LANGAT, 21 MAC: Mahu memastikan diri bebas daripada jangkitan Covid-19 mendorong satu keluarga hadir menjalani saringan percuma di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang di sini semalam.

Rohani Afendi, 52, berkata dia datang bersama lima anak dan seorang cucu berusia empat tahun selepas dimaklumkan beberapa individu di kawasan perumahan dijangkiti wabak.

Rohani Afendi, 52, bercakap kepada media ketika program Ujian Saringan Covid-19 secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang , Kuala Langat pada 20 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Atas rasa tanggungjawab untuk mengekang penularan wabak kami sekeluarga ambil keputusan membuat ujian ini,” katanya ketika ditemui di lokasi saringan semalam.

Sementara itu, Muhammad Adib Abu Bakar, 22, pula mengakui agak gementar untuk menjalani proses saringan kerana bimbang ia menyakitkan.

“Namun, selepas buat saya rasa tidak sakit. Orang ramai patut hadir sertai program ini kerana kalau bukan kita yang kawal siapa lagi,” katanya yang hadir seorang diri.

Manakala, Muhammad Amirul Azwat, 26, berkata ini adalah kali kedua dia membuat saringan anjuran Kerajaan Negeri.

Muhammad Adib Abu Bakar, 22, bercakap kepada media ketika program Ujian Saringan Covid-19 secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang , Kuala Langat pada 20 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Memandangkan percuma saya ambil peluang buat saringan lagi tetapi hari ini saya turut membawa dua orang adik yang baru pertama kali sertai,” jelasnya.

Sejak Februari lalu hingga semalam kira-kira 7,000 telah menyertai program saringan ini termasuk warga emas di rumah jagaan.

Program yang menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.


Pengarang :