Petugas kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada 20 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor catat 652 kes, dua kematian

SHAH ALAM, 20 MAC: Selangor mencatat sebanyak 652 kes baharu ini, meningkat hampir dua kali ganda berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 283 kes membabitkan saringan kontak rapat, kluster sedia ada (213) dan lain-lain saringan (156).

“Terdapat dua kematian di negeri itu melibatkan lelaki berusia 83 dan 74 tahun yang menghidap sakit kronik,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat 425 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih seramai 109,129 orang.

Keseluruhannya, Selangor mencatatkan 111,550 kes sejak pandemik menular.

 


Pengarang :