Program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
SELANGOR

Selangor catat lebih 600 kes baharu Covid-19, tiga lagi kluster dikesan

SHAH ALAM, 2 MAC: Kes baharu Covid-19 di Selangor kembali meningkat kepada 672 kes berbanding 453 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu sebanyak 430 kes dikesan daripada saringan kontak rapat.

“Manakala, 143 kes daripada jangkitan kluster termasuk 32 kes adalah daripada tiga kluster baharu yang dikenalpasti hari ini.

“Selain itu, 98 kes lagi daripada lain-lain saringan Covid-19 dan terdapat satu kes import,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Menurutnya, kluster baharu itu ialah kluster Taman Alam, kluster Jalan Mawar dan kluster Sementa 27 yang berpunca jangkitan di tempat kerja.

“Terdapat tiga kes kematian di Selangor hari ini membabitkan dua wanita dan seorang lelaki berusia linkungan 57 hingga 72 tahun,” tambahnya.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor pula memaklumkan terdapat 673 kes sembuh dan 2,739 kes aktif di negeri itu hari ini.


Pengarang :