Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama sukarelawan ketika Majlis Perasmian Relawan Lembah Maju di Ampang Avenue, Ampang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Selangor Maju Bersama pastikan tiada rakyat tercicir

AMPANG, 6 MAC: Slogan Selangor Maju Bersama yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri akan memastikan semua golongan mendapat pembelaan sewajarnya terutama ketika pascawabak Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata kemajuan pesat negeri ini tidak membawa sebarang erti jika masih ramai rakyat menderita dan terpinggir.

“Selangor Maju Bersama mengambil kira kepentingan semua, kita bukan sekadar menggagas idea besar tetapi rakyat di bawah masih hidup susah.

“Jika orang ramai cari kerja atau mahu jana pendapatan kita sediakan landasan, begitu juga kalau mereka cari rumah, kita bantu sediakan, ” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berucap pada Majlis Perasmian Relawan Lembah Maju di Ampang Avenue petang tadi.

Pada 26 Januari, Kerajaan Negeri melancarkan laman sesawang www.selangorkerjaya.com.my untuk menangani isu penggangguran dalam jangka masa terdekat dan panjang.

Amirudin berkata perkhidmatan Selangor Kerjaya menawarkan pelbagai maklumat untuk pencari kerja serta majikan mendapat tenaga kerja yang menepati kekosongan jawatan.

Inisiatif tersebut adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri melibatkan peruntukan sejumlah RM58 juta.

Selain itu, program beli-belah dalam talian e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega juga diwujudkan melibatkan peruntukan RM2 juta dengan kerjasama Shopee dan Lazada bagi membantu peniaga berdepan krisis ekonomi berikutan Covid-19.


Pengarang :