Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Buloh pada 25 Mac 2021. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor rancang jelajah Ramadan, erat silaturahim

SUNGAI BULOH, 26 MAC: Kerajaan Negeri merancang mengadakan Jelajah Ramadan bagi mengeratkan silaturahim khususnya bersama umat Islam.

EXCO hal ehwal agama Islam memaklumkan beliau bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin Shari akan ke daerah tertentu untuk menyambut bulan puasa bersama komuniti Islam.

“Bantuan makanan akan diteruskan menjelang Ramadan ini terutama kepada golongan fakir miskin,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika ditemui selepas jelajah dakwah rentas rimba di Kampung Orang Asli Sungai Buloh semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata Lembaga Zakat Selangor (LZS) sudah menyediakan senarai nama penerima bantuan Ramadan.

Katanya, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga akan menunaikan solat tarawih di tiga masjid.

“Saya difahamkan Tuanku akan solat tarawih di masjid negeri dan di Jelutong, jadi kita akan ambil kesempatan ini untuk menjalin silaturahim dan beramah mesra bersama umat Islam di masjid,” katanya.


Pengarang :